Asyikin Ismail
Selamat tinggal .
Thursday, 16 January 2014 0
Assalamualaikum . Hai readers . Alhamdulillah , dah masuk tahun 2014 dah kan . Hee , lama dah tak update blog . Sorry :| busy lorh . Maklumlah , dah start sekolah kan :) So banyak komitmen lain yang aku kena buat . Tak boleh la nak 24 hours mengadap lappy -.- Em mungkin jugak lepas ni bila ‘betul betul’ ada masa , time balik cuti je aku akan update blog ni :/ What do you mean syikin ? time balik cuti ? Hahaha , ouh ye .. Actually , aku dapat KV dekat Port Dickson :) Kursus Pelancongan ^^

Seriously , tak expect langsung yang aku akan dapat . Isi haritu pun main-main je . Tak bersungguh mana pun . Kalau dapat, dapatlah . Tak dapat pun takpe. Tapi dah rezeki aku kat sana kan :’) Abah and mama pun memang nak aku pergi . Yela , nanti 4 tahun aku kat sana . Keluar keluar , dah ada Diploma :) Jimat umur , jimat masa . Lepas tu boleh terus sambung Ijazah . Hm , tapi zaman sekarang kan , kalau ada Ijazah sekalipun , orang dah tak pandang . So kalau nak kerja best best , kena sambung lagi , biar ada master , PHD . Huhu , InshaaAllah . Kalau ada rezeki , kalau Allah izinkan , memang aku nak sambung belajar sampai peringkat DR FALSAFAH :’) Waa! Hihi.

Harini takyah citer lah , memang aku busy sangat . Dekat sekolah tadi , ke hulu ke hilir mencari cikgu . Bayangkan dari pukul 8 aku keluar kelas , settle kan urusan surat menyurat semua tu , sampailah pukul 12 baru aku masuk kelas balik -.- Harini memang tawaf satu sekolah lah citer dier . Haha . Alhamdulillah , dah hampir settle semuanya . Just esok gi sekolah mintak cop pengetua and hantar buku teks. Hm, esok aku last :( Aku dah tak tahu nak cakap apa .. Aku akan rindu semuanya . Especially budak budak 3 Cekal, 4 SS , Private F dan semualah. Huwaaaaaaaaaaaaaa , tak sanggup nak berpisah dengan dorang T.T

Dekat group class , masing masing buat ayat tacing . Ada satu status ni , Haziq post . Seriously , menangis aku baca . Hm , ya Allah :’( ‘’Tahun ni tak sama macam tahun lepas. Ramai yang dah bawa haluan sendiri. Hanya segelintir yang masih tinggal. Itupun jarang bertegur sapa. Harapan aku supaya kita tak terpisah terlalu jauh. To be honest, kelas 2013 adalah kenangan yang terindah bagi aku :’)’’ Hm . Memang betul . 3 Cekal tiada tandingan . Tak pergi lagi tapi aku dah rindu kat korang . Ni nanti kat sana tak tahulah macam mana :/ Aku takkan lupa korang . Aku janji ! Budak budak 3 Cekal dulu memang ramai yang akan pindah . Haha yang tak leh blarh nya , Kami dah plan nak buat reunion 4 tahun dari sekarang . Time tu aku dah ada diploma lah ceh ceh . haha . Mesti masing-masing dah matured kan . Dah segan nak bahan-bahan each other macam selalu :’D Aku tak sabar nak tunggu time tu ^^ Alhamdulillah , aku bersyukur dapat kenal dengan dorang semua :’) Dah jadi lumrah , setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita akan kekal buat selamanya . Aku sayang korang lillahi ta’ala :’)

''We're Cekal . Once Cekal . Always Cekal . Forever Cekal''

Yang ni special untuk sweetheart aku dunia akhirat , Nurul Ardini :) Sayang , Jaga diri ye kat sana . Jangan nakal nakal . Ingat Mirul dekat Syed Mashor setia menunggumu . Haha . I’m so glad sebab kita dapat sekolah yang satu negeri :)) Nanti balik boleh la naik ktm sesama . huhu . Dini , thanks sebab sudi jadi kawan kita . Kawan baik kita . Takkan ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat Nurul Ardini Ahmad Nurisam dalam hati kita . Rindu ? okay itu sudah semestinya . Dini jangan lupa kita tau . Hm, Dini kita nak nangis :’( ok fine . The true is , kita tak kuat T.T Dini pun tahu kita macam mana . Ingat lagi tahun lepas , sehari Dini tak datang sekolah pun kita dah macam tak betul kat sekolah ue inikan pulak kena berpisah . Allah :’( Hm tapi kita tahu ni semua untuk masa depan kita kan . Be strong Syikin :’) Okay lah tak nak cakap panjang-panjang , sebab nanti banjir pulak blog ni dengan air mata . haha :’) JANGAN LUPA KITA . #Amaran :P Kita sayang Dini ! Good luck dear . Ada rezeki kita jumpa k. Bye bye DINI :’( :’( :’( *Pelukcium*

Latest . Pergi UM haritu .
Kami dah enam belas =) 

MAMA . Huwaaaa T.T Orang tak nak berpisah dengan mama . Kenapa mama suruh orang pergi ? mama tak sayang orang ke :( Haihh , Syikin . Jangan macam ni :3 Kau dah besar lah Syikin . Kalau tak sekarang , bila lagi kau nak belajar berdikari ? Kau boleh Syikin . Cuba fikir yang elok-elok, ni tak, asyik fikir yang bukan bukan je -.- Takdenya orang nak buli kau . Itu semua drama petang-petang je . Mungkin kalau lelaki ada kemungkinan akan berlaku kes buli semua ue tapi perempuan tak kodd :/ Don’t worry lah , Allah ada :) Hm , Okay . Entahlah , susah aku nak kawal perasaan sedih ni . Yela aku mana pernah berpisah dengan mama . Kalau berpisah pun time pergi kem itupun sehari dua je . Dah la nanti aku jauh dengan mama . Selangor | Negeri Sembilan T.T Itulah, lain kali mohon jauh-jauh lagi ye -.- Aku tahu , mama pun nanti mesti rindu aku :P ceh , hahaha . Ehh haruslah ;) Tiap tiap hari berdua je dengan mama dekat rumah . Petang petang keluar jogging dengan mama , merajuk dengan mama :’( Hm hm . Em, maybe aku tak lah rindu mana dekat kak Su, kak As and Adam sebab dorang memang dah selalu takde kat rumah . Masing masing study jauh jauh :’) Abah . Adakah aku akan merindui abah ? xD Haha , Derhaka kau syikin. Mestilah aku akan rindu abah jugak :’)) Alahai Syikin , bukannya kau tak balik dah nanti . Chill lah . Allah nak kau berhijrah lah tuu . Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kau Syikin .. Betul betul ~ YA ALLAH, permudahkan segala urusan aku dekat sana . Aku harap semuanya baik baik je . Aamiin :)

gonna miss you my super-mama .... :')

With Love,

Ekin.


Thanks for reading :)




Older Post