Menjadi Baik =)
Thursday, 28 February 2013
0
Sesiapa pun boleh memperbaiki diri.
Sesiapa pun boleh mengubah diri.
Menuju ke arah yang lebih baik.
Perubahan itu tersedia untuk semua orang ..
ð ‘’ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.
Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang
banyak bertaubat. ‘’ (HR Tirmizi)
Keputusan untuk menjadi lebih baik hanya memakan beberapa
detik .. Tapi proses untuk perbaiki diri memakan masa yang panjang .. Niat
menjadi baik adalah untuk mengenal diri dengan mengenali Allah .. dan untuk perbaiki
diri .. Segalanya bermula dengan meninggalkan semua ‘kemaksiatan’ .. Berpegang
teguh dengan kebaikan .. Melangkah keluar dari dunia kegelapan .. Demi menuju
cahaya yang diberi petunjuk oleh Allah .. Sakit, derita, payah, susah, keliru,
janggal, semua dirasai dalam memperbaiki diri ..

Tak mudah nak menjadi baik .. Bila
hati tak kuat menghadapi segala dugaan .. Tak susah menjadi jahat .. Bila hati
kosong dan tiada cahaya keimanan .. Segalanya bermula dari hati .. Segalanya
berakhir dengan hati .. hati memainkan seluruh peranan dalam perubahan ke arah
kebaikan dilakukan .. Dalam hati seorang manusia .. Semuanya menginginkan
kebaikan .. Kerana hanya kebaikan dapat menenangkan hati yang mencari kekuatan
.. Perubahan itu dimulakan dengan hati .. Hati yang perlu disucikan dengan
zikrullah .. Hati yang perlu dijernihkan kembali dengan menghayati Al-Quran ..
Hati yang perlu diteguhkan benteng pertahanannya untuk melawan segala dugaan ..
Hati yang perlu dimuhasabah demi menanam sifat sabar dalam diri .. Kerana hati
adalah penawar dan boleh juga menjadi racun sekiranya salah digunakan ..
ð ‘’ Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu
ada seketul daging. Apabila baik, maka baiklah seluruh anggota tubuhnya. Namun,
jika seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah
.. Itulah kalbu (hati). ‘’
Semakin nak menjadi baik, semakin banyak dugaan dan ujian
yang mendatang .. Hanya untuk menguji sejauh mana keteguhan iman .. Hanya untuk
menduga seikhlas mana hati mencari Nur-Nya .. Andai hati tak punya kekuatan ..
Itulah punca kegagalan perubahan diri .. Sedetik hati berkata .. Betapa sukar
menjadi baik pada mata umum .. Betapa terbeban diri untuk memenuhi keinginan
umum .. Betapa payah untuk memuaskan hati yang memandang dan menilai diri tanpa
memahami .. Segala tindakan .. Segala perlakuan .. Segala perbuatan .. Segala
percakapan harus dijaga dengan rapi .. Supaya fitnah dah salah faham tidak
timbul ..
Sehingga hati menangis sendirian
.. Kerana hati ini tak terjaga demi menjaga hati-hati yang sedang menilai tahap
perubahan diri .. Yang mencari dan terus mencari kelemahan diri .. Andainya
mereka mampu mendengar suara hati yang berlagu pilu .. Andainya mereka mampu
memahami bahawa hati ini .. Mengharap kekuatan dari mereka untuk terus bertahan
dengan perubahan ini .. Andainya mereka mampu mentafsirkan gelojak jiwa .. Yang
mengharap bimbingan bukannya menunding jari atas kesalahan yang dilakukan ..
Pasti mereka mengerti rahsia yang tersembunyi di dalam hati .. Apa yang mampu
dilakukan adalah .. Mengutamakan pandangan Allah dari pandangan orang lain ..
Kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya :’)

ð Hari demi hari
dilalui menandakan waktu untuk kita di muka bumi ini kian singkat .. Perubahan
perlu dilakukan untuk persediaan di alam sana .. Bersediakah kita menghadapinya
andai ajal menjemput 5 minit dari sekarang ? Renungkan bersama mengapa kita
perlu menjadi lebih baik ? kata yang menjadi pegangan diri kini adalah, ‘’Hari
ini akan dipastikan menjadi lebih baik dari semalam :)’’
With Love,
Ekin ♥
Thanks for reading :)
Older Post . Newer Post
Le Direct-or
Hello Earthlings! im human just like you~
Short Biodata
Name: JULIA AFRINA Known as: JULIA/JU Age: 12 years youngStat: SEREMBANCountry: MalaysiaFav. Colours: SOFT PINK,YELLOW & SWEET COLOURLanguage: Malay and EnglishHobby: blogging,PLAY WITH FRIEND & GO TO SCHOOL Fav Quotes: It's so fluffy i'm gonna die!
Contact Me:
Official Blog |
Blogskin |
Phone Number
Likes:
♥ COOK♥ Blogging♥ One D♥ Chocolates♥ Ice Cream♥ Galaxy Tabby♥ Spongebob Squarepants♥ Black+White♥ Sleeping♥ Natural Beauty
Dislikes
✖ Anons, Haters, Copypasters✖ Liars✖ Snails and all animals that dont have backbones✖ Make up✖ High heels