Asyikin Ismail
Cover ur AURAT .
Wednesday, 20 March 2013 0

Aurat wanita ibarat kereta Ferrari ..
360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya ..

Pemilik kereta membawa ke mana saja .. Keliling kota atau desa .. Parking dan berhenti di mana-mana ..

Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik perhatian mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti .. Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan .. Oh, ‘kau’ sangat bergaya dan menawan ..

‘’Kalau lah aku dapat kereta ni .. Perrghhh … AWESOME !’’ sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam .. Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan ..

Ya, kereta itu jadi perhatian .. Kadang-kadang rimas tapi pemilik kereta sedikit bangga .. Kereta mahal katakan ..

Itu baru luarnya kereta Ferrari .. Dalamnya (interior) ?
Pemilik kereta membuka pintunya pula ..

Ada mata yang cuba-cuba meninjau .. Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu ..

‘’Kalau luaran pun dah awesome, dalaman mesti banyak functions ..’’

‘’Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah ..’’

Sekali lagi angan sangkaan ‘Si Pemerhati’ ..

Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat duduknya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang *Uumphh*.. Tengah leka explore seluruh isi dalaman kereta, mata tertarik pada ‘dashboard’ pula .. Tachometers, horn, engine start button, steering wheel, setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu .. Geram ! rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ni macam mana ..

‘’Alah .. You know Ferrari, right ?’’

Kalau nampak depan Midvalley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar .. Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi .. Upload dalam Facebook, Twitter ..

Caption : ‘’Terbaik derr !! Kau ada .. ??’’

Lumrah kereta mahal :)

Tapi ..
Apa kata kalau si pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu ?

Adakah kereta itu akan jadi perhatian ?
Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan ?
Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya ..
Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi ‘Si Pemerhati’ ?

Jangankan kereta Ferrari, kereta kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jelling sikit-sikit ..

Macam itu juga aurat wanita,
Di bawa ke mana oleh badan bernyawa,
Ada pemerhati galak matanya,
Mencari ruang untuk ‘meneroka’
Hati-hati dengan NAFSU mereka,
Tolonglah wahai kaum Hawa, Tolong jaga,
Betapa mahalnya nilai diri kita ~

ð  Semahal-mahal kereta Ferrari,
Mahal lagi auratmu wahai ukhti,
Persembahkan untuk suamimu nanti,
Bukan kepada golongan ajnabi,
Barulah kau digelar BIDADARI,
Insya-Allah duniawi dan ukhrawi :’)




‘’Wahai anak Adam ! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan .. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik ..’’
(Surah al-A’araf ayat 26)

With Love,
Ekin.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post