Asyikin Ismail
All about ................... :')
Saturday 28 December 2013 0
Assalamualaikum .. Hai hai hai , hahaha , kau dah kenapa Syikin ? :P hihi actually aku tengah happy sekarang ni . Err happy ke ? Bukan happy macam mana aaa nak cakap , haa , tengah senang hati ? senang hati ? haha , macam tak sesuai je , macam pelik je ayat ue . Ok apa apa jelah kan xD Finally , Alhamdulillah , sim ue dah boleh keluar :D hihi tapi ….. hm , sedih sikit laa sebabnya aku masukkan sim lain pun , fon tu taknak detect . K fine -.- Malas dah aku nak cuba . Haha . Lagipun tuan punya tanah , ehh , tuan punya tanah lagi , hahaha , I mean tuan punya fon , dah redha . Dah redha ? haha , yela dah redha walaupun sim tu tak detect , dia okay je . Alaa , asalkan dapat contact pun dah cukup :’) Terima kasih ya Allah .

Aku tak sabar nak bagitau Ummu :D mesti dia pun happy jugak. Hahaha , rindulah dekat Ummu :’) Emm rasanya mungkin rabu tuu last kami jumpa . Untuk tahun ni lah . Haha . Tahun depan , kami dah plan nak pergi sana , situ , sini , semualah , haha , sama-sama :’) Actually , hari rabu lepas aku gi TS dengan Ummu :)) Best moments ever sebabnya kami pergi berdua je . Hihi , mesti aku akan senyum sorang-sorang bila ingat balik apa yang jadi sepanjang hari Rabu ue :D Ummu macam biasa , banyak benda yang dia story dekat aku . Especially , pasal sekolah dia lah :) Dan aku macam biasa layankan aje . Lepas ni mesti rindu nak dengar Ummu citer lagi . Hm , kan best kalau kami satu sekolah . Maksud aku , kalau Ummu sekolah Syed Mashor jugak :’)

Haritu tengok citer Cinderella ! ehh, bukan Cinderella yang kartun tuu . Haha . Takde keje lak nak tengok citer Cinderella yang kartun tu kan xD Ni yang Fizo and Neyly berlakon tuu :)) Seriously , sweet gila k citer tuu ^^ Yang tak leh blarh nya , haha , guess what ? Yang duduk sebelah aku , budak sekolah aku ! Si Nabil tintong . Patutlah aku macam kenal je suara orang sebelah , dia rupanya . Bila dah keluar tu , dia tegur aku , ‘’Laaa , kau ke sebelah aku tadi ? Hahaha’’ Sakai lah . Dia baru perasan :3 Dia ada tweet tau , ‘’Tengah syok-2 tengok citer Cinderella tadi tiba-tiba dengar orang sebelah menangis , bila pandang , muka dia ni haa @achiekin..’’ Hahaha , Biarlah . Ada part dalam citer tu sedih kodd , betul betul buat aku tersentuh . Aku tahu , Ummu pun nangis . Hahaha , Alaa biasalah kan perempuan .. hati dorang kan lembut :’)

Hmm , next week dah sekolah kan . I just want to say one word , ‘MALAS’ . Haha , malas Syikin ? ehh janganlah macam tu . Sepatutnya kau kena semangat ! semangat sebabnya tahun depan kau dah form4 . Dah jadi budak menengah atas :D Nanti rehat dengan form 5 , form6, boleh la usha abang abang handsome . Hahahahaha , nonsense . Em, tapi betul jugak ann . Maksud aku yang aku kena semangat ue . Dua tahun lagi nak SPM . Seriously , Aku nak struggle gegila punya , kali ni niat aku belajar hanya satu , Kerana Allah :’) Awal awal lagi aku dah cakap dekat mama , ‘’Ma, Kin tak rasa Kin dapat masuk kelas sains nanti .. Lagipun kalau dapat pun , Kin rasa Kin tak boleh bawa . Mana dengan bio , fizik , kimia .. addmath nya lagi . Hm, Memang tak lah .. ’’ Mama : ‘’Alaa tak duduk kelas sains pun takpe , mama tak kisah Kin kelas mana nanti asalkan Kin belajar betul betul. ‘’ Ya Allah … Aku tak tahu kenapa , tapi aku sedih + tersentuh bila ingat balik apa yang mama cakap ue .. Dari result keluar lagi , hm result aku biasa biasa je tapi mama ngan abah tak pernah jemu , selalu support aku :’) Thanks ma , abah . Kin janji ma , abah , kin akan belajar betul betul . Kin akan buat abah and mama bangga dengan result SPM kin nanti . I promise ! :’)

Aku ada mohon SMV tau dekat Port Dickson . Kenapa PD ? Haha , tanya abang sakai :P Takde la , actually macam ni tau , before result keluar , aku dah mohon sek teknik dekat Kuala Selangor . Then lepas result keluar , aku tukar . Sebenarnya tak tahu nak pilih yang mana kebetulan time tu Adam ada kat rumah , Adam : ‘’Kau pilih apa yang kau minat and sesuai dengan result kau , baru senang dapat . Sekolah mana tu tak kisah lah..’’ emm betul jugak . Then aku pun tengok tengok lah .. Pelancongan ? macam ok je .. Tengok sekolah , SMVPD ? :O Adam :’’Sekolah mana ue ?’’ Me : ‘’Err SMVPD’’ Adam:’’Haa amek yang tu lah . Dekat PD ann, senanglah . ‘’ Mama pun macam nak aku mohon dekat situ . Mama cakap senanglah nanti kalau nak balik ke, ada apa-apa ke, boleh balik dengan Adam . Hm , so aku pun mohon lah dekat situ . Tengok sekolah tu pun macam okay je . Boleh laa :P Tapikan kalau sekolah SMV ni , dia terus sambung diploma dekat situ means banyak tahun gak lah aku kena duduk situ . Haihh , aku ni betul ke ? Entahlah .. Alaa chill lah , tak tahu lagi dapat ke tak ann . Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, tak dapatlah . Hee , aku tak kisah ;) Sebabnya kalau dapat sekalipun , mungkin aku akan fikir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 kali dulu nak pergi ke tak . Hahaha xD

Emm, seriously, dia betul betul buat aku sentap sebab cakap macam tuu . Terasa k . Sampai hati . Hm dia cakap macam tu serupa jela macam dia taknak aku terlalu berharap dekat dia . Cubalah , sekali je aku minta , kau cuba faham aku . Kalau boleh , memang aku nak sangat kau dapat baca segala isi hati aku , perasaan aku dekat kau . Kau tahu tak , aku sayang kau . Tahu tak ?! So please , janganlah cakap macam tu . Cubalah yakinkan aku . Jangan buat aku rasa aku langsung tak dihargai . Hm, Aku tak suka perasaan ni . Ya Allah :’( Aku cuba untuk selalu fikir yang baik baik pasal kau . Tapi kau …… Okay lah , Aku ni siapa sebenarnya bagi kau ? Hmm , aku penat bermain dengan perasaan sendiri . Takpe lah , kau dah cakap macam tu kan so aku kena faham faham sendiri lah .. Fine , lepas ni aku taknak terlalu berharap dekat kau dah. Kalau kau perlukan aku , kau carilah aku . InshaaAllah , aku akan selalu ada untuk kau dan bila kau dah happy dengan orang lain or dah dapat apa yang kau nak , aku janji aku akan pergi dari hidup kau . Aku mintak maaf sebab hadir dalam hidup kau . Aku just nak kau tahu , apa pun yang jadi , aku sayang kau T_____T

With Love,
Ekin.





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post