Hanya cinta pertama .
Sunday 29 December 2013
0
Yang mana satu pilihan anda ? Antara buah yang sedia jatuh
berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok ? Tentunya ramai yang
akan lebih memilih yang di atas berbanding yang dibawah.
Demikianlah juga dengan saya :) Akan memilih yang diatas dari
yang dibawah. Kerana apa ? kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah
rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh, dimakan oleh seekor
atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga dimakan oleh tupai atau monyet
liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir
setiap orang yang memandang.
Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam
memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa
dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati. Keinginan untuk
mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi, jangan kita
lupa fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk ke arah
sebenar perjalanan sebuah cinta suci.
Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci ? Adakah seperti
cintanya Romeo dan Juliet ? Atau umpama cintanya seorang penyair arab yang
menyintai seorang wanita bernama Laila ? Sehingga ia digelar ‘Laila Majnun’
oleh masyarakat waktu itu kerana cintanya yang menggunung ? Begitukah cinta
suci yang kita inginkan ?
Cinta suci meletakkan Allah sebagai ‘matlamat’ tertinggi.
Cinta sesame makhluk cuma sebagai ‘alat’. Alat untuk mencapai matlamat kasih
sayang dan redha Allah SWT. Untuk itu, sebelum terjebak dalam cinta, seharusnya
kita berusaha ‘menjadi diri yang tepat untuk dicintai’. Semua ini tidak dapat
lari dari ‘hukum tarikan cinta’ – sunnatullah yang tidak dapat diingkari.
Saling cinta menyintai, saling lengkap melengkapi.
Namun, jangan ungkapkan kalimah cinta terlalu awal. Sebelum
diri benar-benar siap menjadi diri yang tepat. Usah risau diri tidak disapa
cinta manusia. Yakinlah pada aturan yang Allah lakarkan dalam setiap kehidupan
yang ada. Telah tertulis jodoh, rezeki, ajal di tangan-Nya. Serahkan segala
kepada Allah SWT. Apabila tiba saatnya, Allah akan temukan hati yang satu lagi.
Hati yang penuh cinta untuk memberi cinta. Saat itu, hati kita telah sedia
untuk menerima cinta. Tepat waktunya dan sesuai keadaannya. InsyaAllah .. :)
With Love,
Ekin.
Thanks for reading :)
Older Post . Newer Post
Le Direct-or
Hello Earthlings! im human just like you~
Short Biodata
Name: JULIA AFRINA Known as: JULIA/JU Age: 12 years youngStat: SEREMBANCountry: MalaysiaFav. Colours: SOFT PINK,YELLOW & SWEET COLOURLanguage: Malay and EnglishHobby: blogging,PLAY WITH FRIEND & GO TO SCHOOL Fav Quotes: It's so fluffy i'm gonna die!
Contact Me:
Official Blog |
Blogskin |
Phone Number
Likes:
♥ COOK♥ Blogging♥ One D♥ Chocolates♥ Ice Cream♥ Galaxy Tabby♥ Spongebob Squarepants♥ Black+White♥ Sleeping♥ Natural Beauty
Dislikes
✖ Anons, Haters, Copypasters✖ Liars✖ Snails and all animals that dont have backbones✖ Make up✖ High heels