Asyikin Ismail
M S A ♡
Saturday, 21 December 2013 0
Assalamualaikum .. Hai readers ! :D Waa terbaik ar aku sekarang , sebulan sekali je update blog . Hahaha , kesian blog aku .. dah berhabuk . Hm , memang rindu nak update blog , tapi tulah , asal nak update ada je benda yang menghalang -.- Actually , ni pun kak Anis yang suruh aku update . Haha, bole pulak orang lain yang ingatkan . Okay so , bulan ni takde benda lain lah kan nak citer , mestilah pasal result :D Result aku ? hoho . Alhamdulillah , tak gempak mana pun . Tapi aku tetap bersyukur sebab ada A and aku lulus semua subjek . Bersyukur jugak sebab dapat buat abah and mama tersenyum :) Even tak dapat straight A’s at least dapat buat dorang tersenyum pun dah cukup bagi aku . Terima kasih ya Allah .



Apa lagi yang jadi sepanjang bulan ni ? Emm hehe banyak sebenarnya ;) Hmm , tapi tulah kan , dugaan pun lepas satu , satu , datang :( ehh , tak baik lah aku cakap macam ni . Mengeluh tu maknanya sama jela macam aku tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi .. Astaghfirullahaladzim . Hm, Sabarlah duhai hati . Hidup kena semangat ! Muka mesti ada senyummmmm :) Tulah kan , Walau apapun dugaan kita harini, senyumlah. Walaupun hanya sekadar untuk diri sendiri . Ingat firman Allah Syikin, dalam suruh Al-Baqarah ayat 286, ‘’.. Allah tidak membebani seseorang melainkan yang terdaya olehnya ..’’ :) Sweet kan ayat ni ? Allah macam tahu tahu je bila kita ditimpa dugaan , mesti kita sedih . Dan mesti kita akan cakap , ‘’Aku tak kuat ya Allah’’ See ? Allah sendiri dah jawab dalam al-Quran , so , takde apa nak dipersoalkan lagi bila kita diuji :’) Allah sayang kita . Percayalah . Allah rindu nak dengar rintihan kita . Bila ada masalah , pulangkan balik pada Allah . Doa banyak-banyak :) La Tahzan , Innallaha ma’ana .. Kau kena kuat Syikin ! hm tapi aku mengaku , kali ni , memang aku tak kuat . Fitrah lah perempuan mudah tersentuh , cepat je nak mengalirkan air mata . Heyy ! siapa cakap ? Tak semestinya k kau perempuan kau kena menangis je bila diuji . Alahai syikin , dugaan tak seberapa pun sebenarnya . Janganlah bazirkan air mata kau tuu .. Air mata kau , hanya untuk Allah :’) Dah dah , jangan fikir sangat . Siapa tak diuji ? semua orang akan diuji . Tapi itu bukan bermakna , setiap kali diuji , kita kena menangis . Jadilah kuat kerana Allah walaupun hakikatnya kau tak kuat .



 Okay . Tak nak sedih sedih dah :)) Haritu kan aku jumpa dia :D Seriously , Handsome doo mamat tu . Tergugat iman . Haha . Syikin , behave yourself xD Tapi macam biasa lah kan , first time jumpa memang takyah citer lah , segan woo . Huhu , mesti dia ingat aku ni memang jenis yang ala-ala pemalu macam tuu . haha , k whatever . Dia tak kenal aku sepenuhnya lagi ;) Kalau dah biasa nanti , tengoklah . Takde peluang dah untuk dia bercakap .. Haha. Aku suka lah tengok dia senyum , gelak :) Eee rindunya ! Haha . Aku kalau boleh tiap-tiap hari nak jumpa dia . Hoii ! udah udah lee tuu syikin ^^ Kang ada yang muntah baca blog kau ni :D Hehe . Kau sayang dia ke ? Err .. haha , apa punya soalan ni ? Syikin , it’s better you tell the truth . Eee mestilah aku sayang dia . bongok punya soalan -.- Betul ke kau sayang dia ni ?

A’ah kan .. betul ke aku sayang dia ? :/ Perasaan suka dengan sayang tak sama tau Syikin . Entahlah . Sepatutnya soalan ue aku tanya dekat dia . Dia sayang aku ke ? kalau dia cakap sayang sekalipun , betul ke dia ikhlas sayangkan aku ? Haa ni lagi satu nak tanya , Syikin, bukan kau cakap kau taknak couple dah ke lepas ni ? muehehe , memang aku ada cakap , Hahaha , ni semua dia punya pasal lah ni :P Mama siap perli haritu ! Mama : ‘’Haritu ada orang tu janji dah taknak couple2 dah lepas ni .. tub tub , haihh budak budak zaman sekarang..’’ hihi , sorry mama xD

Aku fening ar sebenarnya .. Ramai yang citer pasal dia dekat aku . Aku tak tanya pape pun , just ‘’Ehh , korang kenal dot dot dot tak ?’’ Pastu mulalah semua cerita itu ini pasal dia. Hmm , tak tahu nak percaya ke tak . Bukan aku tak pernah tanya dia pasal ni , before kami couple lagi aku dah tanya semua tu dekat dia . Tapi tulah , aku malas nak tanya banyak banyak , kang jadi gaduh pulak :3 Jujur cakap , dalam hati ni , dah melekat nama dia . Tapi dalam masa yang sama , aku takut kalau-kalau suatu hari nanti ada yang kecewa . I means , aku lah yang kecewa tuu . Haha . Satu kelemahan aku , AKU MEMANG SENANG SANGAT NAK PERCAYAKAN ORANG , KESIANKAN ORANG T.T  Alahaii , apa aku nak buat sekarang ??

Pemegang rahsia terhormat aku sekarang à Ummu and Taser :) Huhu . So apa masalah aku , semua dorang tahu .. Ummu tu selalu jadi tempat aku berkongsi cerita .. Dia memang pendengar yang baik :’) Yang si Taser pulak , ada je benda yang dia nasihatkan aku . Thanks korang . Aku hargai sangat . Persoalannya sekarang , Nak ikut tak nak nasihat Taser ?? Hmm , teringat , Taser pernah cakap macam ni .. ‘’Ikin .. Kau tuu sama baye dengan aku. Die tu memang dah boleh fikir pasal kawen, kita ni tak sesuai lagi lorh. Baek kau fikir masak-masak , aku taknak member aku hanyut’’ Terbaik ar Taser :P Hm, memanglah dia lagi tua pada aku . Tapi tiga tahun je pun . Dan apa masalahnya dengan umur ? :/

Ada masalahnya Syikin .. Lepas ni , dia dah habis sekolah . Dan kau , tahun depan baru masuk form4 .. SPM pun tak lepas lagi .. Haha , kau tak faham lagi ke ? *Apahal lah bengap sangat perempuan ni* :P Okay , macam ni .. Andai kata lepas ni dia sambung belajar . Kau yakin ke dia boleh jaga hati dia hanya untuk kau ? Perkataan mudah , yakin yang dia takkan ‘menduakan’ kau . Hoho , ayat tak leh blarh xD Kita ni Syikin , kalau nak buat sesuatu , biarlah fikir ke hadapan .. Jangan nak suka-suka je .. Ikut rasa nak buat :/ Hm, Macam relay korang ni jugak , Kalau dah bercinta tu , biarlah ada niat nak kahwin. Bukan nak suka-suka , buat tambah dosa :) Lagipun, kau tahu tak, Haram kita jadikan seseorang tu kekasih tapi takde niat nak kahwin dengan dia .. Haihhh , takkan ni pun tak pernah dengar ? -.-

So , kesimpulannya dekat sini , Jangan terlalu berharap dekat dia kalau kau tak nak merana suatu hari nanti .. Ye mungkin pertemuan tu ada tapi jodoh tetap kekal sebagai rahsia-Nya .. Doa jelah yang terbaik untuk hubungan korang ni :’) Pasal yang dorang citer citer pasal dia tuu , jangan amek port sangat . Selagi kau tak nampak dengan mata kau sendiri , jangan percaya . Orang ni macam macam .. Ada jugak yang jenis tak suka tengok orang lain bahagia . Ehh, tapi aku tak maksudkan siapa siapa k ;) Lagipun , bagi aku .. Semua orang patut diberi peluang dan semua orang boleh berubah right ? Jangan tengok masa silam dia , tapi tengoklah dia yang sekarang :) emm, siapa kita nak nilai orang kan ? biarlah apa orang nak cakap . InshaaAllah , Aku pilih untuk terima seadanya :’)



With Love,

Ekin.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post